Subscribe News Feed Subscribe Comments

Generasi Kelima

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat ganda. Sistem pintar yang disebut 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia. Jabatan ketenteraan Amerika Serikat juga telah merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandung berbagai informasi tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah apel menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dapat digunakan sepenuhnya.

Sumber : http://dinifitri.blogspot.com/2008/09/generasi-komputer.html

0 komentar:

Posting Komentar

 
Aorama Blog | TNB
film izle film izle para kazan evde is blogger themes 7 e kitap 7 e kitap