Subscribe News Feed Subscribe Comments

Generasi Keempat

IBM PC

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, chip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini disebut Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang disebut Superkomputer (Super Komputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Super komputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan untuk membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai kemampuan ingatan hingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana sizenya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan yaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapi dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan film dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan untuk menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di perkantoran ataupun di rumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antara bangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah.
Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membedakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata. Dalam hal ini, Palmtop atau PDA merupakan komputer generasi keempat

0 komentar:

Posting Komentar

 
Aorama Blog | TNB
film izle film izle para kazan evde is blogger themes 7 e kitap 7 e kitap